Refleksi diri

Apa yang ku dapat, aku kongsi bersama :)

A. Muazzam
  • Home
  • Biodata Diri
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7 >
      • Tugasan 8
  • Refleksi Diri

Minggu ke 4

10/4/2015

0 Comments

 
Refleksi Diri Minggu ke 4

        Pada minggu ke empat ini terdapat beberapa ilmu baru yang saya terima dari pensyarah iaitu berkenaan tentang "Learning Management System" (LMS)  "Content Management System" (CMS) dan penggunaan Google docs.

        Apa yang saya faham tentang LMS ialah sistem digunakan untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar contohnya seperti i-folio yang digunakan di UKM manakala CMS  pula merupakan satu sistem dimana digunakan untuk
 mengelola dan memfasilitasi proses pembuatan, pembaharuan, dan publikasi content secara bersama. Oleh itu, kedua-dua sistem ini membantu manusia dalam menguruskan sesuatu perkara dengan menggunakan komputer dan internet.

       Google docs pula merupakan satu aplikasi yang mempunyai ciri persamaan seperti Microsoft Word. Tetapi beza antara google docs dengan Microsoft Word ialah Google docs hanya boleh digunakan di web browser dan memerlukan internet. Oleh itu, google memudahkan kerja mengemaskini sesuatu file yang berbentuk "doc" dengan lebih mudah dan cepat. 

      Kesimpulannya, LMS, CMS dan Google doc memberi banyak manfaat kepada manusia pada zaman kini dan perlu digunakan bagi memudahkan sesuatu untuk menguruskan kerja dan pembelajaannya.

0 Comments

Minggu ke 3

9/23/2015

0 Comments

 
Refleksi Minggu ke 3
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    Pada minggu ini, terdapat pelbagai ilmu yang terima daripada pensyarah saya iaitu Encik Md Yusoff dalam kelas Komputer dalam Pendidikan. Antara ilmu yang saya dapat ialah tentang Gmail dan Weebly.

Antara ilmu yang saya peroleh tentang Gmail ialah :
1) mengetahui fungsi Gmail dalam kehidupan kini
2) cara membuat akaun Gmail
3) cara untuk menghantar email
4) cara untuk menambah "signiture" pada email yang dihantar
5) cara untuk memuat naik fail dalam email
6) cara untuk menyemak email yang diterima
7) cara untuk memadam email yang diterima
8) cara mengubah latar belakang di laman Gmail
9) mengetahui memori yang telah digunakan dalam Gmail

Antara ilmu yang saya peroleh tentang Weebly
1) mengetahui fungsi weebly
2) cara membuat akaun weebly
3) cara mengubahsuai paparan pada weebly
4) cara mengemaskini blog dalam weebly

Kesimpulannya penggunaan Gmail dan Weebly sangat berguna pada zaman kini. Hal ini kerana Gmail mampu menjimatkan masa serta memudahkan seseorang untuk menghantar dokumen dan mesej kepada orang lain manakala weebly pula memberi peluang untuk seseorang memiliki lawan sesawang sendiri .
0 Comments
Forward>>

    A. Muazzam

    " Kalau bukan kita, siapa lagi? "

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Biodata Diri
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7 >
      • Tugasan 8
  • Refleksi Diri