Refleksi diri

Apa yang ku dapat, aku kongsi bersama :)

A. Muazzam
  • Home
  • Biodata Diri
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7 >
      • Tugasan 8
  • Refleksi Diri

Minggu 7

10/27/2015

0 Comments

 
    Pada minggu ke 7 , Encik Md Yusoff memberi pengajaran tentang menyediakan soal selidik dengan menggunakan google form. Pengunaan google form ni adalah pengalaman baru buat saya dalam penggunaan internet. Google form ini memudahkan seseorang untuk membuat soal selidik tentang sesuatu dapatan kajian.  Selain itu, google form ini juga memudahkan responden menjawab soal selidik dengan hanya menjawab secara online.

    Encik Md Yusoff memberi tugasan kepada kami untuk menyediakan soal selidik tentang Kemahiran Abad Ke 21. Saya , Hana dan Hajijah menyediakan soal selidik tentang pengetahuan prasiswazah Fakulti Pendidikan Tahun 1 terhadap kemahiran Abad ke 21. Soalan ini dijawab oleh pelajar kelas kami dan pelajar-pelajar dari program lain iaitu TESL dan Sukan Rekreasi.

     Kesimpulannya, Google form memudahkan kami dalam membuat sesuatu kajian yang melibatkan kajian terhadap sesebuah kelompok dalam mengambil keputusan majoriti dan minoriti. Penggunaan Google form perlu diperluaskan.
0 Comments

Minggu ke 6 

10/19/2015

0 Comments

 
           Pada pembelajaran kali ni, terdapat beberapa ilmu bermanfaat daripada sesi pengajaran daripada Encik Md Yusoff. Antaranya ialah tentang penggunaan google slide dengan lebih mendalam , menerangan casper dengan lebih terperinci dan beberapa ilmu dari perbentangan sahabat2.

            Encik Md Yusoff menerangkan bagaimana untuk " link" antara satu slide dengan slide yang lain. Kaedah bagi memudahkan dalam persembahan slide yang dibentangkan. Casper pula , Encik Md Yusoff menerangkan tentang elemen-elemen yang diperlukan serta gabungan warna-warna yang sesuai dalam sesuatu perbentangan .

           Selain itu saya juga mendapat ilmu daripada perbentangan sahabat-sahabat iaitu tentang 
  • Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
  • Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
  • Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security) 
  • Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)
  • Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
  • Web 2.0 dalam Pendidikan (Web 2.0 in Education)
  • e-learning and mobile learning
Mereka menerangkan dengan lebih mendalam dan langkah-langkah yang perlu diambil. Jadi, ilmu-ilmu ini dapat saya manfaatkan dalam kehidupan dan penggunaan komputer.
​


​
0 Comments

 Minggu ke 5

10/12/2015

0 Comments

 
Pada minggu ke 5 ini terdapat beberapa  ilmu baru yang saya perolehi daripada sesi pembelajaran bersama Encik Md Yusoff. Antaranya ialah tentang kemahiran abad ke 21, CASPER dan penggunaan Google Slide.

         Apa yang saya dapat tentang kemahiran abad ke 21 ialah kemahiran yang diperlukan pada abad ke 21 iaitu zaman ini. Antaranya ialah kemahiran pembelajaran, kemahiran literasi dan kemahiran kehidupan.
Dengan adanya kemahiran ini kita dapat dapat menyesuaikan diri pada abad 21 ini.

       Tentang CASPER pula ialah CASPER ini berasal dari gabungan  Awal huruf daripada beberapa perkataan iaitu Contrast, Alignment, Simplicity, Proximity, Emphasis dan Repetition.  Sifat-sifat ini diperlukan dalam sesebuah perbentangan Power Point supaya perkara yang disampaikan lebih jelas dan mencapai objektif.

        Akhir sekali, Google slide merupakan satu aplikasi daripada google yang sangat mirip dengan aplikasi powerpoint cuma lebih ringkas dan mudah untuk digunakan. Aplikasi ini tak perlu dimuat turun  dan dapat diakses melalui "browser" seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan banyak lagi .

       Kesimpulannya, terdapat pelbagai ilmu baru yang saya perolehi yang boleh saya manfaatkan dalam sesi pembelajaran saya selepas ini. 

​
0 Comments

Minggu ke 4

10/4/2015

0 Comments

 
Refleksi Diri Minggu ke 4

        Pada minggu ke empat ini terdapat beberapa ilmu baru yang saya terima dari pensyarah iaitu berkenaan tentang "Learning Management System" (LMS)  "Content Management System" (CMS) dan penggunaan Google docs.

        Apa yang saya faham tentang LMS ialah sistem digunakan untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar contohnya seperti i-folio yang digunakan di UKM manakala CMS  pula merupakan satu sistem dimana digunakan untuk
 mengelola dan memfasilitasi proses pembuatan, pembaharuan, dan publikasi content secara bersama. Oleh itu, kedua-dua sistem ini membantu manusia dalam menguruskan sesuatu perkara dengan menggunakan komputer dan internet.

       Google docs pula merupakan satu aplikasi yang mempunyai ciri persamaan seperti Microsoft Word. Tetapi beza antara google docs dengan Microsoft Word ialah Google docs hanya boleh digunakan di web browser dan memerlukan internet. Oleh itu, google memudahkan kerja mengemaskini sesuatu file yang berbentuk "doc" dengan lebih mudah dan cepat. 

      Kesimpulannya, LMS, CMS dan Google doc memberi banyak manfaat kepada manusia pada zaman kini dan perlu digunakan bagi memudahkan sesuatu untuk menguruskan kerja dan pembelajaannya.

0 Comments

    A. Muazzam

    " Kalau bukan kita, siapa lagi? "

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Biodata Diri
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7 >
      • Tugasan 8
  • Refleksi Diri