Refleksi diri

Apa yang ku dapat, aku kongsi bersama :)

A. Muazzam
  • Home
  • Biodata Diri
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7 >
      • Tugasan 8
  • Refleksi Diri

Minggu ke 14

12/30/2015

0 Comments

 
Pada minggu ke 14, kami mempelajari tentang penggunaan Microsoft Excel. Dalam pemikiran saya selama ini, Microsoft excel merupakan satu aplikasi yang paling rumit. Hal ini kerana saya tidak memahami cara penggunaannya. Tetapi setelah Encik Md Yusoff mengajara saya mengenai penggunaan formula dalam aplikasi, baru la saya tahu penggunaan aplikasi ini mudah dan tidak rumit.
Antara formula yang ada ialah tentang :
  •  VLOOKUP
  • STDEV
  • AVERAGE
  • COUNTIF
  • Sort
  • Filter
  • Graph
Kami ditugaskan oleh Encik Md Yusoff untuk membina graf berdasarkan data yang telah diberikan. Berpandukan ilmu yang telah diajar ilen Encik Md Yusoff, akhirnya kami dapat menyelesaikannya.
0 Comments

Minggu ke 13

12/28/2015

0 Comments

 
Pada minggu ini kumpulan kami ditugaskan untuk membentang video yang telah dibina. Video kami mencerita secara keseluruhan  Kemahiran Abad ke 21. Alhamdulillah, input yang cuba kami sampaikan melalui dapat diterima dengan baik oleh Encik Md Yusoff dan rakan-rakan.  Kelainan video kami berbanding kumpulan lain ialah kumpulan kami satut-satunya yang menggunakan windows movie maker.  Kumpulan lain menggunakan Powtoon.

Selain itu, saya mendapat input daripada video-video kumpulan lain. Video-video mereka juga menarik dan ada yang mencuit hati. Saya rasa video juga mampu menjadi satu jalan untuk menyampaikan ilmu dengan lebih baik.
0 Comments

Minggu ke 12

12/15/2015

0 Comments

 
          Setelah seminggu kami bertungkus lumus untuk menyiapkan video, akhirnya video Kemahiran Abad Ke 21 telah dapat siapkan dengan baik. Dalam video tesebut, dimulakan dengan  intro , selepas itu kami pergi kepada setiap topik Kemahiran Abad Ke 21. Dalam setiap topik tersebut kami masukkan  beberapa keping gambar dan video supaya nampak lebih menarik dan tidak bosan.  Kami akhiri video kami dengan "credit" Video yang berdurasi 2 minit itu diiring oleh lagu "Transformers". Segala video dan gambar serta lagu kami memuat turun daripada internet. Video tersebut kami uploadkan ke dalam Youtube.
          Dengan tugasan ini saya dapat tahu beberapa ilmu baru seperti aplikasi untuk memuat turun video dengan baik. Gabungan video dan gambar juga merupakan input baru bagi saya dalam membuat satu video. Oleh itu, setiap pelajar perlu menguasai ilmu dalam membuat video supaya dapat digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
0 Comments

Minggu ke 11

12/14/2015

0 Comments

 
         Pada minggu ini kumpulan kami membincangkan elemen-elemen multimedia.  Selain itu, kami membincangkan story board dan perkara-perkara yang mahu diisi dalam video.  Elemen-elemen tersebut haruslah berkaitan dengan tajuk Kemahiran Abad Ke 21.  Kami membahagikan tugasan antara ahli kumpulan kami.  Kami menggunakan Windows Movie Maker kerana saya lebih mudah dalam menggunakan aplikasi ini. Storyboard dirancang oleh sahabat saya Hana manakala Hajijah menunggu idea dari kami untuk mendapatkan bahan-bahan yang hendak diletakkan di dalam video.
             Dalam sesi perbincangan ini pelbagai perkara yang kami dapat pelajari serta dapat bertukar idea dengan ahli kumpulan.  Walaupun kami mempunyai citarasa yang berbeza tapi kami gabungkan supaya ia menjadi satu video yang menarik. Dalam situasi ini bertolak ansur sangat diperlukan.
0 Comments

Minggu ke 10

12/10/2015

0 Comments

 
Pada minggu ini kami mempelajari tentang cara untuk membuat brosur.
Elemen yang perlu ada pada brosur ialah :
 
  •     Teks,
  •     Bentuk
  •     Imej
  •     Warna
 
Elemen-elemen perlu kreatif bagi menarik perhatian pembaca dan tidak mudah bosan. Contohnya menggunakan warna-warna yang menarik, bentuk yang lebih cantik , imej yang ringkas dan imej yang moden. Brosur ini boleh dibina menggunakan microsoft  publisher atau word. Jadi, ia memudahkan pengguna untuk membina sesebuah brosur.

0 Comments

Minggu ke 9

12/9/2015

0 Comments

 
Pada minggu ke 8, Encik Md Yusof memberi tugas kepada supaya menyediakan sebuah laporan tentang dapatan kajian yang kami dapat daripada soal selidik yang dijawab oleh responden. Encik Md Yusoff memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat laporan dengan baik dan betul. Laporan ini perlu dibuat secara berkumpulan.
        Dalam sebuah laporan perlu ada :
 
  1.     Tajuk
  2.     Abstrak
  3.     Objektif Kajian
  4.     Metodologi
  5.     Dapatan Kajian
  6.     Perbincangan
  7.     Penutup
  8.  
 
       Sebuah laporan sangat penting dalam menganalisis serta merekod sesebuah kajian atau maklumat.  Dengan adanya laporan seseorang dapat mengetahui hasil kajian dengan lebih mudah. Laporan dapat dibina menggunakkan microsoft word atau google docs. Jadi, ia mudah untuk dibina menggunakan komputer.

0 Comments

    A. Muazzam

    " Kalau bukan kita, siapa lagi? "

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Biodata Diri
  • Tugasan 1
    • Tugasan 2
    • Tugasan 3
    • Tugasan 4
    • Tugasan 5
    • Tugasan 6
    • Tugasan 7 >
      • Tugasan 8
  • Refleksi Diri